Wednesday, March 4, 2009

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA

Watak


Watak utama


Badrol (Amir Izwan Abdul Rahim)

Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.

Lim (Kee Yong Pin)

Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.

Rajoo (Kannan a/l Rajan)

Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.

Ros (Balqis Fadhullah Lee)

Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.

Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)

Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".

Watak tambahan


Mak Uda Opah (nenek) kepada Ros, Upin dan Ipin.

Dia baik hati dan selalu menjaga cucu-cucunya dengan memberi nasihat berguna.

Tok Dalang

Nama sebenarnya ialah Senin bin Khamis. Dia ialah datuk kepada Badrol dan ketua kampung Durian Runtuh. Dia ialah bekas jaguh wayang kulit dan kini memiliki dusun durian.

Muthu (Mohd Shafiq)

Seorang peniaga gerai makanan di Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Sikap peramahnya membolehkan Muthu digemari penduduk kampung.

Pak Mail

Seorang pemburu yang menjumpai seekor makhluk istimewa dan hendak menawarkan makhluk tersebut untuk tujuan untung. Dialah yang membawa Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh di awal filem.

Singh Pembantu dan konco Pak Mail.

Di awal filem, dia memandu lori yang mengangkut Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh. Di tengah filem pula, rupa-rupanya dia menyamar sebagai seekor raksasa ganas yang menculik Badrol dan Lim untuk menyimpan rahsia Pak Mail.

Salleh @ Sally

Si bapuk yang menonjol kelembutannya di Kampung Durian Runtuh. Tanpa sedar dia menyertai Pak Mail lalu terjebak dalam kegiatan buruknya.
Ah Tong
Seorang tua Cina yang sukar mempercayai apa yang diperdengarkan oleh rakan-rakannya di kampung, termasuk Misteri Hantu Durian.


Makhluk ganjil

Oopet ialah seekor makhluk ganjil yang ditemui di dusun Tok Dalang. Ia berasal dari suatu dimensi lain yang boleh dimasuki melalui sesuatu gerbang ajaib. Dia berada di dunia kita kerana hendak mencari ibunya dan selalu mencuri durian yang menyerupai buah kegemarannya di dunia asalnya. Begitu kemas potongan Oopet sehingga menyebabkan penduduk kampung percaya wujudnya "Hantu Durian". Rupa-rupanya ibunya ditangkap oleh kumpulan Pak Mail yang hendak menjual makhluk istimewa tersebut, oleh itu dia bersama Badrol, Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin berusaha menyelamatkan ibunya.
Di samping itu, geng berenam tersebut juga bertembung dengan seekor ular tedung besar dan sekawan lintah gergasi di bawah tanah. Mereka juga bertembung dengan dua ekor "raksasa" berupa tengkorak dan berduri, yang rupa-rupanya adalah konco-konco Pak Mail yang menyamar. Oleh itu, "Hantu Durian" yang digeruni penduduk Kampung Durian Runtuh ini sebenarnya merupakan manifestasi lebih dari satu hidupan: potongan durian yang halus sebenarnya merupakan kerja Oopet, sementara wajah "mengerikan" yang diceritakan Tok Dalang mungkin antara raksasa-raksasa lain ataupun konco-konco Pak Mail yang menyamar, yang diperlihatkan sepanjang filem.

No comments:

Post a Comment