Wednesday, March 4, 2009

BOLA KAMPUNG..




Ni satu lg cite best.. BOLA KAMPUNG. Kartun ni disiarkan di RTM1 dan juga di Disney Chanel (Astro). Berlatarbelakangkan kampung bernama Gong Lechar, cerita ini berkisar sekumpulan kanak-kanak yang menggilai bola. Namun mereka hanya main kerana minat semata mata. Itu semua berubah apabila pengetua Daun dan juga jurulatih bola yang baru, cikgu Rahman menubuhkan pasukan bola sepak utk menyertai kejohanan antara sekolah.
Hero cite ini Iwan yang meminati Zenadine Zidan memimpin pasukan ini dalam usaha mereka menjadi yang terbaik. Malang bila impiannya dihalang oleh ayahnya yang juga bekas pemain bola kebangsaan. Namun dgn sokongan Azizul dan Sabok, rakan baiknya, Iwan berjaya mengatasi segala rintangan dan menjadi nadi pasukan


GENG: PENGEMBARAAN BERMULA

Watak


Watak utama


Badrol (Amir Izwan Abdul Rahim)

Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.

Lim (Kee Yong Pin)

Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.

Rajoo (Kannan a/l Rajan)

Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.

Ros (Balqis Fadhullah Lee)

Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.

Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)

Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".

Watak tambahan


Mak Uda Opah (nenek) kepada Ros, Upin dan Ipin.

Dia baik hati dan selalu menjaga cucu-cucunya dengan memberi nasihat berguna.

Tok Dalang

Nama sebenarnya ialah Senin bin Khamis. Dia ialah datuk kepada Badrol dan ketua kampung Durian Runtuh. Dia ialah bekas jaguh wayang kulit dan kini memiliki dusun durian.

Muthu (Mohd Shafiq)

Seorang peniaga gerai makanan di Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Sikap peramahnya membolehkan Muthu digemari penduduk kampung.

Pak Mail

Seorang pemburu yang menjumpai seekor makhluk istimewa dan hendak menawarkan makhluk tersebut untuk tujuan untung. Dialah yang membawa Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh di awal filem.

Singh Pembantu dan konco Pak Mail.

Di awal filem, dia memandu lori yang mengangkut Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh. Di tengah filem pula, rupa-rupanya dia menyamar sebagai seekor raksasa ganas yang menculik Badrol dan Lim untuk menyimpan rahsia Pak Mail.

Salleh @ Sally

Si bapuk yang menonjol kelembutannya di Kampung Durian Runtuh. Tanpa sedar dia menyertai Pak Mail lalu terjebak dalam kegiatan buruknya.
Ah Tong
Seorang tua Cina yang sukar mempercayai apa yang diperdengarkan oleh rakan-rakannya di kampung, termasuk Misteri Hantu Durian.


Makhluk ganjil

Oopet ialah seekor makhluk ganjil yang ditemui di dusun Tok Dalang. Ia berasal dari suatu dimensi lain yang boleh dimasuki melalui sesuatu gerbang ajaib. Dia berada di dunia kita kerana hendak mencari ibunya dan selalu mencuri durian yang menyerupai buah kegemarannya di dunia asalnya. Begitu kemas potongan Oopet sehingga menyebabkan penduduk kampung percaya wujudnya "Hantu Durian". Rupa-rupanya ibunya ditangkap oleh kumpulan Pak Mail yang hendak menjual makhluk istimewa tersebut, oleh itu dia bersama Badrol, Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin berusaha menyelamatkan ibunya.
Di samping itu, geng berenam tersebut juga bertembung dengan seekor ular tedung besar dan sekawan lintah gergasi di bawah tanah. Mereka juga bertembung dengan dua ekor "raksasa" berupa tengkorak dan berduri, yang rupa-rupanya adalah konco-konco Pak Mail yang menyamar. Oleh itu, "Hantu Durian" yang digeruni penduduk Kampung Durian Runtuh ini sebenarnya merupakan manifestasi lebih dari satu hidupan: potongan durian yang halus sebenarnya merupakan kerja Oopet, sementara wajah "mengerikan" yang diceritakan Tok Dalang mungkin antara raksasa-raksasa lain ataupun konco-konco Pak Mail yang menyamar, yang diperlihatkan sepanjang filem.

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA


Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.



Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan.



Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.



Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Monday, March 2, 2009

Upin dan Ipin


Jom kite kenal watak2 dalam cite ni..


Upin (Nur Fathiah Diaz)

Upin ialah abang kembar Ipin, cuma lima minit lebih tua. Dia lebih banyak bercakap dan selalunya mendalangi perangai kedua-dua kembar ini. Dia dapat dibezakan dari adiknya melalui sehelai rambut di kepalanya.



Ipin (Nur Fathiah Diaz)

Ipin ialah adik kembar Upin. Dia dikenali kerana tabiat berkata "Betul, betul, betul" sebagai tanda setuju begitu sahaja. Dia amat menggemari ayam goreng.
Upin dan Ipin merupakan anak yatim, seperti yang dipaparkan di episod 6 apabila mereka sekeluarga menziarahi kubur ibu bapa mereka.


Kak Ros (Noor Ezdiani bt. Ahmad Fauwzi [musim 1]; Ida Shaheera [musim 2])
Ros ialah kakak kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mempermainkan adik-adiknya jika berpeluang.


Mak Uda (Hjh. Ainon Bt. Ariff)
Mak Uda ialah opah kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan sering memanjakan Upin dan Ipin. Dia adalah bijaksanam mengenai hal-ehwal duniawi dan keagamaan.



Fizi (Ida Rahayu Yusoff)

Fizi adalah seorang jiran kepada Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan ibu bapanya. Kadang-kala dia kelihatan suka bercakap besar, tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.


Ehsan (Mohd. Syahmid bin Abdul Hamid)
Ehsan ialah sepupu kepada Fizi. meskipun suka menyepi, cemerkap dan cerewet pasal gaya, dia tetap seorang kawan setia.


Rajoo (Kannan a/l Rajan)

Rajoo ialah seorang kawan karib Upin dan Ipin. Dia lebih tua lima tahun berbanding adik-beradik kembar itu oleh itu seolah-olah menjadi abang kepada mereka. Mereka bertiga selalu bermain bersama di kawasan kampung.


Mei Mei (Yap Ee Jean)
Mei Mei ialah seorang kawan karib dan juga rakan sekelas Upin dan Ipin. Comel dan disayangi ramai, dia selalu menjadi yang paling waras di kalangan kawan-kawannya.


Mael (Mohd Hasrul)
Mail ialah seorang rakan kelas Upin dan Ipin. Dia juga turut serta dalam kerja-kerja nakal adik beradik kembar ini tetapi gopoh-gapah dan sukar memberi tumpuan. Sepanjang bulan Ramadan musim kedua, Mael sukar hendak menunaikan puasa walaupun sudah cukup umur, tetapi dia juga membantu ibunya menjual makanan di Pasar Ramadan.


Jarjit (Mohd Syafiq)
Jarjit ialah seorang lagi rakan sekelas Upin dan Ipin. Meskpiun sebaya usianya dengan rakan-rakan sekelas yang lain tetapi suaranya garau seolah-olah dewasa. Dia selalu cuba turut serta dalam permainan kanak-kanak lain, namun setiap kali berlakunya sesuatu yang menyebabkannya tersisih.

Cikgu Jasmin (Pn Jasmin
Guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di tadika. Di episod 9, dia didapati tidak berpuasa ketika bulan Ramadan atas sebab-sebab yang tidak jelas. hehe..

Betul..Betul..Betul..

Korang mesti tau diolog tu kan.. haa.. tu la Ipin dan Ipin.. Siri animasi 3D ni telah mencetuskan fenomena baru didalam industri animasi tanahair. Upin dan Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Setakat ini, Upin dan Ipin sudah disiarkan selama dua musim, kedua-duanya sepanjang bulan Ramadan tahun 2007 dan 2008 Masihi, di TV9 (Malaysia) dan TVRI (Indonesia). Siri pertama Upin dan Ipin juga telah dibeli dan disiarkan oleh Hilal TV dari Turki dan ia telah dialih suara dalam bahasa Turki.Siri Upin dan Upin ni bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak malahan golongan dewasa juga cukup meminati gelagat 2 beradik kembar ni.. hehe
betul.. betul. betul..

Tahan.. Tahan.. Biar Papa Pegang!!.. hehe



Korang ingat lagi tak kartun "YOKIES" yang macam bentuk telur tu???cerita ni pun bast gak masa budak2...
YOKIES ni merupakan siri kartun pertama keluaran EOROFINE. Siri ini disiarkan bermula pada Febuari 1998 di RTM1. Siri kartun kelakar ni mengisahkan sebuah keluarga makhluk pelik (mungkin makhluk asing kot) yang terdiri daripada Papa Yokies, Mama Yokies dan anak2 yokies.. hehe..

KELUANG MAN.. KELUANG MAN... KELUANG MAN.. !!




Ni satu lagi cite yang best.. Keluang Man. Siri Keluang Man (Batman Malaysia) juga merupakan siri yang paling mendapat sambutan hebat tidak lama dulu.. Lagu tema siri ini yang dinyanyikan oleh penyanyi Krisya menjadi tarikan bagi kanak-kanak pada waktu itu.

Cite Keluang Man ni mengisahkan seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia
Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Dia dibantu Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu
Batman, Robin. Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.

USOP SONTORIAN

Inilah kartun yang slalu saya tonton sewatu kecik-kecik dulu.. Best cite ni.. Usop Sontorian merupakan siri kartun Malaysia yang paling meninggalkan kenangan bagi saya. siri ini ditanyangkan di TV1 sewaktu saya masih disekolah rendah. Teringat semasa menonton bersama kawan-kawan..

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan
Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.


Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.


Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.


Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.



Sejarah Ringkas Animasi Malaysia

Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.

Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain).

Beberapa orang kartunis juga telah mengangkat karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Sontorian).