Hero cite ini Iwan yang meminati Zenadine Zidan memimpin pasukan ini dalam usaha mereka menjadi yang terbaik. Malang bila impiannya dihalang oleh ayahnya yang juga bekas pemain bola kebangsaan. Namun dgn sokongan Azizul dan Sabok, rakan baiknya, Iwan berjaya mengatasi segala rintangan dan menjadi nadi pasukan
Wednesday, March 4, 2009
BOLA KAMPUNG..
Hero cite ini Iwan yang meminati Zenadine Zidan memimpin pasukan ini dalam usaha mereka menjadi yang terbaik. Malang bila impiannya dihalang oleh ayahnya yang juga bekas pemain bola kebangsaan. Namun dgn sokongan Azizul dan Sabok, rakan baiknya, Iwan berjaya mengatasi segala rintangan dan menjadi nadi pasukan
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA
Watak utama
Makhluk ganjil
Di samping itu, geng berenam tersebut juga bertembung dengan seekor ular tedung besar dan sekawan lintah gergasi di bawah tanah. Mereka juga bertembung dengan dua ekor "raksasa" berupa tengkorak dan berduri, yang rupa-rupanya adalah konco-konco Pak Mail yang menyamar. Oleh itu, "Hantu Durian" yang digeruni penduduk Kampung Durian Runtuh ini sebenarnya merupakan manifestasi lebih dari satu hidupan: potongan durian yang halus sebenarnya merupakan kerja Oopet, sementara wajah "mengerikan" yang diceritakan Tok Dalang mungkin antara raksasa-raksasa lain ataupun konco-konco Pak Mail yang menyamar, yang diperlihatkan sepanjang filem.
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA
Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan.
Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.
Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.
Monday, March 2, 2009
Upin dan Ipin
Upin (Nur Fathiah Diaz)
Upin ialah abang kembar Ipin, cuma lima minit lebih tua. Dia lebih banyak bercakap dan selalunya mendalangi perangai kedua-dua kembar ini. Dia dapat dibezakan dari adiknya melalui sehelai rambut di kepalanya.
Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Ipin ialah adik kembar Upin. Dia dikenali kerana tabiat berkata "Betul, betul, betul" sebagai tanda setuju begitu sahaja. Dia amat menggemari ayam goreng.
Upin dan Ipin merupakan anak yatim, seperti yang dipaparkan di episod 6 apabila mereka sekeluarga menziarahi kubur ibu bapa mereka.
Kak Ros (Noor Ezdiani bt. Ahmad Fauwzi [musim 1]; Ida Shaheera [musim 2])
Ros ialah kakak kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mempermainkan adik-adiknya jika berpeluang.
Mak Uda (Hjh. Ainon Bt. Ariff)
Mak Uda ialah opah kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan sering memanjakan Upin dan Ipin. Dia adalah bijaksanam mengenai hal-ehwal duniawi dan keagamaan.
Fizi (Ida Rahayu Yusoff)
Fizi adalah seorang jiran kepada Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan ibu bapanya. Kadang-kala dia kelihatan suka bercakap besar, tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.
Ehsan (Mohd. Syahmid bin Abdul Hamid)
Ehsan ialah sepupu kepada Fizi. meskipun suka menyepi, cemerkap dan cerewet pasal gaya, dia tetap seorang kawan setia.
Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Rajoo ialah seorang kawan karib Upin dan Ipin. Dia lebih tua lima tahun berbanding adik-beradik kembar itu oleh itu seolah-olah menjadi abang kepada mereka. Mereka bertiga selalu bermain bersama di kawasan kampung.
Mei Mei (Yap Ee Jean)
Mei Mei ialah seorang kawan karib dan juga rakan sekelas Upin dan Ipin. Comel dan disayangi ramai, dia selalu menjadi yang paling waras di kalangan kawan-kawannya.
Mael (Mohd Hasrul)
Mail ialah seorang rakan kelas Upin dan Ipin. Dia juga turut serta dalam kerja-kerja nakal adik beradik kembar ini tetapi gopoh-gapah dan sukar memberi tumpuan. Sepanjang bulan Ramadan musim kedua, Mael sukar hendak menunaikan puasa walaupun sudah cukup umur, tetapi dia juga membantu ibunya menjual makanan di Pasar Ramadan.
Jarjit (Mohd Syafiq)
Jarjit ialah seorang lagi rakan sekelas Upin dan Ipin. Meskpiun sebaya usianya dengan rakan-rakan sekelas yang lain tetapi suaranya garau seolah-olah dewasa. Dia selalu cuba turut serta dalam permainan kanak-kanak lain, namun setiap kali berlakunya sesuatu yang menyebabkannya tersisih.
Cikgu Jasmin (Pn Jasmin
Guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di tadika. Di episod 9, dia didapati tidak berpuasa ketika bulan Ramadan atas sebab-sebab yang tidak jelas. hehe..
Betul..Betul..Betul..
betul.. betul. betul..
Tahan.. Tahan.. Biar Papa Pegang!!.. hehe
KELUANG MAN.. KELUANG MAN... KELUANG MAN.. !!
Cite Keluang Man ni mengisahkan seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.
Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Dia dibantu Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin. Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.
USOP SONTORIAN
Inilah kartun yang slalu saya tonton sewatu kecik-kecik dulu.. Best cite ni.. Usop Sontorian merupakan siri kartun Malaysia yang paling meninggalkan kenangan bagi saya. siri ini ditanyangkan di TV1 sewaktu saya masih disekolah rendah. Teringat semasa menonton bersama kawan-kawan..
Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
Sejarah Ringkas Animasi Malaysia
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain).
Beberapa orang kartunis juga telah mengangkat karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Sontorian).